Search
Search
Indonesia Ke Piala Asia Selepas Menang Besar Ke Atas Nepal

Indonesia Ke Piala Asia Selepas Menang Besar Ke Atas Nepal

Pasukan bola sepak Indonesia berjaya menamatkan kemarau 15 tahun dan layak ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Nepal 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jaber Al Ahmad. Kuwait awal pagi tadi.

Gol-gol Indonesia dijaringkan oleh Dimas Drajad, Witan Sulaeman, Fachruddin Aryanto, Saddil Ramdani, Elkan Baggott dan Marselino Ferdinan.

Indonesia memulakan perlawanan dengan baik sekali apabila mendahului seawal minit ke-6 permainan melalui tandukan Dimas Drajad.

Bersambung babak kedua, Indonesia dilihat semakin agresif dalam memburu gol. Dua gol dalam dua minit telah berlaku iaitu gol daripada Fachruddin Aryanto pada minit ke-54 dan gol kelima Indonesia dijaringkan oleh Sadddil Ramdani pada minit ke-55.

Mendahului 5-0, serangan Indonesia tidak terhenti di situ apabila terus menekan Nepal. Memasuki 10 minit terakhir perlawanan Indonesia berjaya menambah dua lagi jaringan iaitu melalui Elkan Baggott pada minit ke-80 dan gol ketujuh Indonesia dijaringkan oleh Marselino Ferdinan pada minit ke-90.

Kemenangan besar 7-0 ke atas Nepal ini sekaligus melayakkan Indonesia ke Piala Asia 2023 secara merit. Ini bermakna empat negara Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia akan beraksi di pentas berprestij Asia itu.

Sumber: Makanbola.com

PadangBola